Minggu, 23 Februari 2014

Sejarah Rebana

Rebana dalam bahasa Jawa bermaksud terbang. Rebana juga merupakan gendang berbentuk bundar dan pipih yang merupakan simbol kota bumi ayu. Bingkai rebana adalah berbentuk lingkaran daripada kayu yang dibubut, dengan salah satu sisi untuk ditepuk berlapis kulit kambing. Kesenian di Malaysia, Brunei, Indonesia dan Singapura yang sering menggunakan rebana adalah muzik irama padang pasir, misalnya gambus, kasidah dan hadroh.
qosidah_std
Qosidah
Rebana merupakan gendang yang mempunyai bingkai , ini disebabkan badan gendang, ketinggian atau kedalamannya hanya beberapa inci sahaja jika dibandingkan dengan jenis gendang yang lain. Permukaan yang lebih lebar daripada bingkai, disalutkan kulit  dan diregangkan, manakala permukaan yang sebahagian lagi akan dibiarkan terbuka.rebana-qasidah
Kesenian rebana ini telah luas tersebar iaitu ke seluruh wilayah budaya Betawi. Alat muzik bermembran ini di pelbagai daerah lain dikenali sebagai Terbang, yang mana menurut masyarakat Betawi sebutan rebana berasal daripada kata “Robbana” yang bermaksud “Tuhan Kami”. Sebutan tersebut muncul kerana kebiasaannya di wilayah budaya Betawi alat muzik tersebut digunakan untuk mengiringi lagu-lagu yang berunsurkan agama Islam, yang seringkali menyebut “Robbana”. Maka lama-kelamaan alat muzik tersebut disebut sebagai rebana atau robana seperti di daerah Ciganjur, Pondok Pinang dan disekitarnya.
Hampir kesemua jenis rebana Betawi terdapat di wilayah Jakarta Pusat dan Jakarta Selatan. Beberapa jenis rebana pula terdapat di Jakarta Utara, Jakarta Barat, Jakarta Timur, Kabupaten Bekasi, Kabupaten Bogor dan Kabupaten Tangerang.
Terdapat dua jenis rebana khas untuk kampung tertentu, iaitu rebana Burdah yang hanya terdapat di Kampung Kuntngan Barat, daerah Mampang Prapatan manakala rebana Maukhid yang hanya terdapat di Kampung Pajetan, Kampung Pasar Minggu dan di Jakarta Selatan.
Rebana Betawi terdiri daripada pelbagai jenis dan nama, contohnya seperti Rebana Ketimpring, Rebana Ngarak, Rebana Maukhid, Rebana Burdah, Rebana Dor dan Rebana Biang. Kesenian ini biasanya dimainkan oleh remaja perempuan dan lelaki serta lain-lain. Biasanya untuk satu kumpulan rebana terdiri daripada enam hingga lapan orang pemain dan satu hingga dua orang penyanyi. Biasanya juga dalam persembahan rebana, lagu-lagu yang dimainkan ialah lagu-lagu berbahasa Arab dan mengandungi puji-pujian seperti selawat Nabi, lagu Ummi dan lagu Ya Thoyiba.

sumber : http://creativem2g.com/rebana/?page_id=8

Tidak ada komentar:

Posting Komentar